Thursday, December 19, 2019

TERSANGKUT BACAAN MGTT

Assalamualaikum. Jumaat, 13/12/2019 appointment KK untuk minum air gula (MGTT). Masa ni kandungan 18 minggu lebih. Mcm biasa malam sebelum tu kena puasa start pukul 10. No meal after 10. minum air kosong je boleh.

Pagi Jumaat, pukul 7.50 dah sampi klinik utk ambil no giliran. Lebih kurang pukul 8.10 no dipanggil, masuk bilik nurse untuk ambil darah satu tube kat lengan..sakit sket la yang ni kannn (reading bacaan glucose utk sebelum minum air gula).

Lps tu puasa lagi 2 jam sampai la pukul 10 utk ambil darah kali kedua. Sambil2 tunggu pukul 10 tu, aku settlekan cek up yg lain mcm jpe nurse, cek perut, cek hb, jumpa doc n scan perut. Doc baik n lembut sangat. Dia tanya dah tau jantina ke? aku kata belum. Dia tanya anak sebelum ni apa? ckp la girl. Masa ni dh tersenyum2 kot2 doc dapat tengokkan jantina baby. Dia pusing2 alat kat perut tu then ckp..tak clear la mummy, terlindung dengan tali pusat dia. Then, dia cuba pujuk baby utk gerak2 sikit. Tapi baby tak nak bekerjasama hahahaha. Then doc kata dia nmpk tapi not sure so tak berani nak bg tau. Its ok, next time kte cuba lagi hehe

Pukul 10.10 : nurse panggil utk ambil darah kali ke-2. Lps tu, boleh balik. Terus balik ofis. Tapau makan kat ofis je. Tapi time berjalan kat cafe ofis tu, betul2 rasa mcm nk pitam, berpeluh2. Gagahkan juga berjalan.

Sampai ofis, duduk sekejap smbil makan kacang..then br rs ok. Pukul 12 br mkn sbb ada few works yg urgent kena siapkan.

Pukul 4.20 : Dapat call 'private number'. Jawab. Call dari KK..tepuk dahi la sbb tau dah. Mesti MGTT sangkut. Nurse kata bacaan sebelum minum air gula 4.7 (ok) tapi selepas minum 8.0 (sepatutnya kena <7.8).

Dannnnn nurse minta datang ke KK pada isninnya utk buat ujian BSP (cucuk 4 kali kat jari untuk ambil bacaan darah) dari jam 8am - 8pm. Yang ni doc akan bagi MC. Selasa pulak, kena jpe doc sebelah pagi utk review bacaan BSP hari isnin. Yg ni half day je, so akan dapat time slip.

Nak tak nak kena la terima kenyataan yg aku ni ada GDM. Kencing manis semasa mengandung.

Sekian.

Monday, November 11, 2019

Wean Off Hana

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setelah Hana berumur 1 tahun 11 bulan, ak sah pregnant utk yg ke-2. Kami suami isteri mmg dah bersedia.

Perkara paling risau ialah utk wean off kan Hana dari menyusu badan. Alhamdulillah aku berjaya susukan Hana sehingga umur dia 2 tahun 1 minggu.

Bila dah pregnant, hormon berubah dan surely susu akan slowly drop dan paling risau tak cukup bekal susu untuk aku bawa ke taska Hana.

Bermula episod utk wean off kn Hana...

Waktu tu hari sabtu, Hana dah 2 tahun. Aku nekad nk wean off kn dia. Husband suruh sapu asam jawa. Since Hana mmg dh pandai bercakap, bila dia menyusu je lepas aku sapu asam jawa tu, dia terus lepaskan dan ckp buekk, tak dap.

Dia try lg skali, lepaskn jugak n ckp buekkk..

Lps tu dia tak nak dah.

Waktu malam, ambil masa seminggu utk layan tuntrum dia yg x dapat susu badan. Lepas tu slowly ok. Skrg kat rumah, mmg dia minum susu kotak full cream shj dan kat taska minum susu formula botol.

Skrg ni, dia dh jarang bangun tgh mlm. Kalau bangun, dia akn minta susu kotak n minta nk peluk.

Alhamdulillah. Bagi aku, proses putuskan susu untuk Hana sangat mudah. Syukur.

Sekarang terfikir untuk potty train Hana pula since dia dh bijak bercakap. Semoga mama Hana bejaya!!