Wednesday, August 16, 2017

PENGALAMAN BELL'S PALSY

ASSALAMUALAIKUM

DUGAAN SAYA TERKENA SAKIT BELL'S PALSY SEMASA MENGANDUNG SANGAT-SANGAT MENGUJI KETABAHAN. KETAHUI LAH BAHAWA WANITA MENGANDUNG MEMPUNYAI 3 KALI GANDA RISIKO UNTUK DAPAT PENYAKIT BELLS PALSY INI.


25.07.2017 (SELASA)  @ 31 weeks 7/7 days of pregnancy

Pada tarikh ni saya rasa sesuatu yg tak selesa pada mata kiri. Mata kiri asek berair dan kerap keluar air mata. Positif maybe panas dalam badan sbb tu mata berair. Tapi perasan jugak bila kelip mata, kiri dan kanan tak berkelip seiring. Bagi tau husband masa dalam kereta otw balik keje. Husband kata takpe, esok pagi kalau masih tak ok, kte pegi klinik.

26.07.2017 (RABU) @32 weeks of pregnancy

Bangun pukul 6pagi mcm biasa sbb nk pegi keje. Masuk toilet tuk mandi. Masa nk gosok gigi tu kumur mulut dulu. Tapi terkejut sbb air tersembur keluar dari mulut sebelah kiri. Lps mandi, husband tye mata dah ok ke blom? dia tgok mata, dia kata tak ok. Saya tunjuk mulut bila kembung kn pipi, angin keluar ikut bibir kanan. Masa ni dh rasa lain mcm. Husband ajak pegi klinik.

Sampi klinik swasta, doc memula suspect strok. Tapi bacaan tekanan darah ok, normal. Test kaki n tangan kiri pon on, ada respon. Bila dia test mata, Allahu, kelopak mata mmg lemah. Doc bagi referral letter tuk ke hospital.

Sampai emergency Hospital Sg. Buloh, jpe doc situ. Doc sahkan saya kena Bells Palsy, iaitu kelumpuhan sementara pada sebelah wajah. Doc kata tak perlu risau sbb blh sembuh tapi ambil masa. Doc nk terus bagi ubat tapi dia call pakar dulu sbb saya tgh pregnan,  utk pastikan saya blh makan ubat tu ( steroid ). Doc tu kata pakar tersebut nk jpe saya sekarang juga.

Terus ke bahagian ENT jumpa doc. Lps tu doc buat referal letter utk jumpa pakar mata n amik apoinment date dgn O&G dan Fisioterapi. Bermula la episod makan steroid selama 2 mgu utk full dossage 500mg total kalau tak silap. Bermula juga la setiap mgu saya kena jpe pakar-pakar tersebut mengikut giliran.

Allahu rasa tak tertanggung bila diuji di saat2 hujung kehamilan. Suami, keluar dan keluarga mertua banyak sgt membantu dan bg support. Terutamanya suami. Tak berkira tuk hantar sy buat fisio di hospital swasta. Ayah mertua yg berusaha tuk sediakan air zam zam untuk saya.

Masa kena bells palsy rasa down sgt2..sbb bila bercakap mulut senget, mulut kiri mcm mati, tak blh gerak. Bila makan, mulut bersepah, tak blh nganga luas. Gigi dan rahang jadi sakit, lidah kebas, air mata meleleh masa makan, tgn terpaksa bantu tolak makanan masuk dalam mulut, kdg2 air meleleh keluar masa minum. Menangis..saya menangis masa mkn..sbb rasa susah sgt nk makan. Mulut sakit!! Rasa malu nk berbual dgn org lain, sbb mulut herot sebelah.

Simptom-simptom yang saya lalui :

1. Lebih kurang sebulan sebelum bells palsy - perasan bila mengiring sebelah kiri lama, akan terasa sakit di bahagian belakang telinga kiri, bahagian rahang jugak.

2. Beberapa minggu sebelum - perasan air liur kadang-kadang meleleh keluar dr mulut kiri masa tidur.

3. Seminggu sebelum - Lidah kebas, ingat kn sebab alahan ikan keropok lekor. Sbb pagi tu ada mkn keropok lekor.

4. Hari Pertama- mata berair sebelah kiri

5. Hari kedua - air keluar masa berkumur


Selepas 22 hari @ 35 weeks 2/7 days of pregnancy

Alhamdulillah..hari ni saya mampu ketawa. Boleh tersenyum lebar, mulut hampir recover sepenuhnya. Mulut dah tak herot bila bercakap cuma sebelah kiri belum blh senyum lebar sepenuhnya. Saya dah boleh makan dengan selesa tanpa perlu tisu utk lap mulut. Air yg tersembur masa kumur dh semakin minimal. Bila sengih, gigi boleh nampak hampir sepenuhnya. Tak rs down bila bercakap dgn org lain.

Cuma lebih terapi dan urutan perlu diberi utk bahagian2 lain terutama mata dan hidung. Mata dan hidung ada improvement tapi tak secepat mulut. Harap boleh pulih sepenuhnya sebelum bersalin

Doakan saya!!





3 comments:

  1. Assalamualaikum sis..saya baru disahkan mghidap bells palsy diusia kandungan 34 weeks..sekarang bergantung steroid yg doktor bekalkan..hari ni hari ke 10 dan setakat ini tiada apa2 perubahan..selama 22 hari, sis hanya buat fisioterapi je ke ataupun ada cara alternatif lain? Boleh tak share dgn saya?

    ReplyDelete
  2. salam kak. bleh sy tahu brp cos rawatan untuk bell palsy di hospital swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. maaf baru baca. Kos di hospital swasta lebih kurang 200 utk 2 kali sesi fisio. sy cuma buat fisio shj di hosp swasta. yg lain2 sy refer pakar gov. semoga cepat sembuh ye.

      Delete