Wednesday, August 16, 2017

PENGALAMAN BELL'S PALSY

ASSALAMUALAIKUM

DUGAAN SAYA TERKENA SAKIT BELL'S PALSY SEMASA MENGANDUNG SANGAT-SANGAT MENGUJI KETABAHAN. KETAHUI LAH BAHAWA WANITA MENGANDUNG MEMPUNYAI 3 KALI GANDA RISIKO UNTUK DAPAT PENYAKIT BELLS PALSY INI.


25.07.2017 (SELASA)  @ 31 weeks 7/7 days of pregnancy

Pada tarikh ni saya rasa sesuatu yg tak selesa pada mata kiri. Mata kiri asek berair dan kerap keluar air mata. Positif maybe panas dalam badan sbb tu mata berair. Tapi perasan jugak bila kelip mata, kiri dan kanan tak berkelip seiring. Bagi tau husband masa dalam kereta otw balik keje. Husband kata takpe, esok pagi kalau masih tak ok, kte pegi klinik.

26.07.2017 (RABU) @32 weeks of pregnancy

Bangun pukul 6pagi mcm biasa sbb nk pegi keje. Masuk toilet tuk mandi. Masa nk gosok gigi tu kumur mulut dulu. Tapi terkejut sbb air tersembur keluar dari mulut sebelah kiri. Lps mandi, husband tye mata dah ok ke blom? dia tgok mata, dia kata tak ok. Saya tunjuk mulut bila kembung kn pipi, angin keluar ikut bibir kanan. Masa ni dh rasa lain mcm. Husband ajak pegi klinik.

Sampi klinik swasta, doc memula suspect strok. Tapi bacaan tekanan darah ok, normal. Test kaki n tangan kiri pon on, ada respon. Bila dia test mata, Allahu, kelopak mata mmg lemah. Doc bagi referral letter tuk ke hospital.

Sampai emergency Hospital Sg. Buloh, jpe doc situ. Doc sahkan saya kena Bells Palsy, iaitu kelumpuhan sementara pada sebelah wajah. Doc kata tak perlu risau sbb blh sembuh tapi ambil masa. Doc nk terus bagi ubat tapi dia call pakar dulu sbb saya tgh pregnan,  utk pastikan saya blh makan ubat tu ( steroid ). Doc tu kata pakar tersebut nk jpe saya sekarang juga.

Terus ke bahagian ENT jumpa doc. Lps tu doc buat referal letter utk jumpa pakar mata n amik apoinment date dgn O&G dan Fisioterapi. Bermula la episod makan steroid selama 2 mgu utk full dossage 500mg total kalau tak silap. Bermula juga la setiap mgu saya kena jpe pakar-pakar tersebut mengikut giliran.

Allahu rasa tak tertanggung bila diuji di saat2 hujung kehamilan. Suami, keluar dan keluarga mertua banyak sgt membantu dan bg support. Terutamanya suami. Tak berkira tuk hantar sy buat fisio di hospital swasta. Ayah mertua yg berusaha tuk sediakan air zam zam untuk saya.

Masa kena bells palsy rasa down sgt2..sbb bila bercakap mulut senget, mulut kiri mcm mati, tak blh gerak. Bila makan, mulut bersepah, tak blh nganga luas. Gigi dan rahang jadi sakit, lidah kebas, air mata meleleh masa makan, tgn terpaksa bantu tolak makanan masuk dalam mulut, kdg2 air meleleh keluar masa minum. Menangis..saya menangis masa mkn..sbb rasa susah sgt nk makan. Mulut sakit!! Rasa malu nk berbual dgn org lain, sbb mulut herot sebelah.

Simptom-simptom yang saya lalui :

1. Lebih kurang sebulan sebelum bells palsy - perasan bila mengiring sebelah kiri lama, akan terasa sakit di bahagian belakang telinga kiri, bahagian rahang jugak.

2. Beberapa minggu sebelum - perasan air liur kadang-kadang meleleh keluar dr mulut kiri masa tidur.

3. Seminggu sebelum - Lidah kebas, ingat kn sebab alahan ikan keropok lekor. Sbb pagi tu ada mkn keropok lekor.

4. Hari Pertama- mata berair sebelah kiri

5. Hari kedua - air keluar masa berkumur


Selepas 22 hari @ 35 weeks 2/7 days of pregnancy

Alhamdulillah..hari ni saya mampu ketawa. Boleh tersenyum lebar, mulut hampir recover sepenuhnya. Mulut dah tak herot bila bercakap cuma sebelah kiri belum blh senyum lebar sepenuhnya. Saya dah boleh makan dengan selesa tanpa perlu tisu utk lap mulut. Air yg tersembur masa kumur dh semakin minimal. Bila sengih, gigi boleh nampak hampir sepenuhnya. Tak rs down bila bercakap dgn org lain.

Cuma lebih terapi dan urutan perlu diberi utk bahagian2 lain terutama mata dan hidung. Mata dan hidung ada improvement tapi tak secepat mulut. Harap boleh pulih sepenuhnya sebelum bersalin

Doakan saya!!





Thursday, April 27, 2017

ALAHAN

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dah 19weeks mama bawa kamu dalam rahim mama. Makin aktif kamu dalam rahim mama. Gerak lah nak. Mama tak kisah. Mama suka bila dapat rasa gerakan kamu.

Alhamdulillah mama mengalami alahan masa 1st trimister je. Nk kata teruk tu tak lah. Mama senaraikan alahan yg mama alami:
1. tak lalu makan nasi
2. tak lalu makan makanan kat cafe
3. makan tak blh byk
4. kerap loya angin tapi tak muntah
5. perut byk sgt angin
6. makan lebih2 nti perut makin x selesa
7. tak suka makan sayur
8. malas masak...tapi mama lwn sbb kesian baba..asik dia je kena masak
9. sakit pinggang..baba rajin tlg urut
10. berat turun 1kg sepanjang 1 bulan (bulan 2-3)

Skrg ni alahan tu blh kata dh takde. Cuma x blh mkn byk sbb nti teruk rasa nk muntah dan tak selera dengan makanan2 kat cafe. Pelik, kalau berjalan tak kisah pulak semua blh makan. Lagi satu skrg suka makanan yg panas. Baru ada selera. 

Semalam mama check up kat KK. Berat mama naik la 2.5kg..huarghhh..mama syak sbb mama dlm 2 minggu ni minum susu dutch lady perasa madu..manis..so baba suruh tukar susu biasa je. Risau naik berat banyak.

ok syg, semoga awk terus membesar dengan sihat dalam rahim mama. ada rezki n masa inshaAllah mama n baba buat details scan utk tgok awk dlm week 23-24 nti ok. Tak sabar nk tgok awk buat apa dlm rahim mama..

Friday, April 21, 2017

First Kick!!

Assalam...diam tak diam dah 18weeks baby dlm tummy mama. Mama dh bebas dari alahan. Alhamdulillah. Brown spotting pon dh clear selepas sebulan ngam2 keluar. Tapi mama masih makan ubat Duphaston tu. Baba tak bagi stop. Baba kata tgu jpe doc nti.Kalau doc kata dh blh stop, baru mama blh stop.

Alhamdulillah..pertengahan week 17 hr tu mama dh dpt rs baby gerak dlm perut mama. Memula tu rs mcm kena jentik halus kat dlm perut. Terkejut Tp mama cnfm tu mmg baby. Awk semakin membesar syg. Terus la gerak. Mama suka bila rasa awk gerak2 dlm perut mama.

2 hari lepas mama bangun tdo pagi kaki mama cramp..mama sllu cramp tp hari tu mmg x blh handle smpi mama menanges. Baba tlg urutkan kaki mama. Sweet betul la baba tu. hahahaha
Pastu baba paksa g klinik. Doc bg mc n suh consume pil calcium sbg tambahan. Maybe sbb baby tgh nk membesar n plukan lebih calcium. Lps2 tu tiap malam tdo kena pakai stokin. Ngeri kalau kena lagi tau.

Baby membesar la dgn sihat. Hr tu mama tye baba...nti nk baby panggil papa ke daddy? baba kata..baba!! hahaha ok baba pon ok kan..

I love u both of u baba n baby!!

Sunday, April 16, 2017

3 Months Later ..
Part II

..Masa ni pantang kalau suami tanya..syg ok tak? terus la bercucuran air mata. Ak tak ready tuk hadapi apa yg berlaku. Ms cek out kesian sgt kat hubby. Semua beg n luggage dia yg usung. Beg pack ak yg x de la berat tu pon dia yg bawa. Tak bg ak pegang. Beg luggage ada 2..dua2 dia yg tolak.
Lagi la ak bertambah sedih sbb rasa mcm dah susahkan dia.

Flight delay dalam sejam. Dalam flight mcm biasa mmg x selesa sbb pinggang sakit etc. Jap2 g tandas tuk cek. Alhamdulillah fresh blood mmg dh x de. Dlm flight ak x lalu nk mkn pon. Tdo pon x blh sbb x selesa.

8 hours fly baru landing klia2. Masa ni pon sedih. Kami tak nmpk buggy yg kami blh naik. So ak ckp kat hubby..takpe kte jln je slow2. Sape2 yg pnh naik flight kat klia2 mesti tau mcm mn jauhnye gate dengan tempat keluar. Ak jln slow je sbb x de nk rushing. Hubby paksa ak duduk kat trolly beg. Ak taknak tapi dia paksa sbb tak bg ak jalan. Ak naik n lantak la org nk kata apa.

Then terus naik klia transit ke Putrajaya sbb kami park kereta kat situ. Lps tu cek in hotel kat area situ tuk bersihkan diri. Dlm pukul 9.00 mlm pegi emergency hosp Putrajaya n emergency suh terus pegi ke bhgn wad bersalin. Alhamdulillah tak ramai. Ms jpe doc..doc tgok pic yg ak ambik tu n dia kata owh itu darah beku, kte scan dulu tgok baby ok ke x..Time ni x de air mata dah sbb ak dah redha. Sampai waktu ni jugak family ak x tahu sbb ak x nk mak abah risau. Allahu..nk menitis air mata bila scan n nmpk baby gerak2..alhamdulillah. Doc kata baby ok n everything nmpk ok. Syukur Ya Allah. Ak nmpk kepala dia..kaki, tangan...mummy syg awk sgt2 syg.

Alhamdulillah..hubby happy sgt2..lps tu terus berselera nk mkn n baru rasa lapar. Doc bagi date 1 minggu lagi tuk review kat Wad bersalin berisiko rendah Putrajaya.

Mummy blh tdo dgn tenang malam tu..syukur..

Thursday, March 30, 2017

3 MONTHS LATER

Alhamdulillah..17.12.2016 ak telah selamat diijabkabulkan dengan suami tercinta. Selepas mengharungi dugaan dan rintangan. Terima kasih tak terhingga buat family yg sentiasa support kami.

A month after nikah, ak rs tak selesa perut dan badan. Badan cpt letih dan mood sllu swing.
Alhamdulillah cek UPT result positive. Im gonna be a mother. Betul, ak sgt2 berharap utk kami cpt2 dikurniakan zuriat sbb ak pon dh 30 tahun. Suami suka sangat n terus bg tau mak mentua.

Awal bulan 3 baru ak blh buat buku pink. Sbb kat KK tu kandungan usia 11weeks+ baru blh buka buku. pukul 12.30 tgh hari baru siap semuanya. Tapi serius mmg blom ada kesempatan utk scan baby.

03.03.2017 - 09.03.2017 honeymoon @ babymoon ke Osaka.
Hubby dari bujang dulu mmg nak sgt pegi japan. So a month b4 fly ada promo ticket terus beli utk kami berdua. Mmg gamble pegi n plan sendiri je. Kat osaka semua kami plan sendiri. Bangun pagi dlm pukul 6 waktu Malaysia, bfast dengan bekalan yg dibawa mcm roti, megi, etc. Pastu siap2 terus gerak ke tempat2 menarik naik tren. Sampai stesen tren (lps transit beberapa station) kena menapak dlm 10-20 min utk ke tmpt yg nak dituju. Dlm tempoh tu kena byk kali stop sbb penat dgn cuaca terlalu sejuk (min 7 degree). Hari2 selama 4 hari berturut2 mcm tu la rutin kami. Penat tapi seronok. Sambil2 tu beringat tak boleh lasak2 sgt sbb dalam perut ada baby.

8.03.2017
Rutin pagi mcm biasa. Tapi dalam pukul 11 pagi kami check out hotel di Higabashi dan cek in hotel di area kansai airport. Sbb tak nak rushing tuk flight esok harinya. So ptg tu bjalan area2 airport sahaja. Mkn agak lewat sbb agak susah nk cari yg Halal. Kat airport ada beberapa. Makan walaupon tak berapa kena dgn tekak. Lps makan kami jalan2 area hotel n Rinku Park. Masa dalam pukul 7 ptg mcm tu perut tetiba rasa mcm menyucuk2. Tapi sekejap je pastu hilang. So takde fikir yg negatif.

Balik hotel, mandi, makan roti n nak rest. Dalam pukul 9.30 ak dh terbaring sbb dah penat. Ckp kat hubby yg ak nk tdo. Suh dia tdo awal jugak sbb esoknye nk fly balik Malaysia. Nak cek out dlm kul 8 pagi. B4 terlelap ak rasa mcm ada sumthing mengalir dr celah peha. Tapi tak berani nak bangun sebab takut yg ak risau2 kan selama ni terjadi. Tak lama tu tertido.

Pukul 12 malam terjaga. As ussual sbb nk g toilet tuk buang air. Allahu bila bangun terkejut tengok ada tompokan darah yg besar atas tilam. Terus masuk tandas tuk buang air. Tergamam n terkejut sebab fresh blood ikut keluar sama. Masa tu ada sumthing sebesar tapak tangan ikut keluar berupa darah beku. Tanpa pikir panjang ak seluk tangan dlm toilet bowl tu tuk amik benda yg jatuh tu. Tengok tapi tak tau nk buat apa. Kejut hubby? serius tak sampai hati sbb ak tau, kami berada kat overseas n nothing we can do. Ak amik gambar benda tu n try to sleep tapi mcm x pcaya yg ak x dpt tdo semula sbb ak pk mcm2 n ak rs baby dh x de. Huarghhhh..dalam hati ak berdoa semoga Allah permudahkan urusan kami sepanjang perjalanan dr Osaka-Malaysia dgn fly hours lebih kurang 7 jam dan ak hrp ak terus kuat.

Bila hubby terbangun, ak panggil dia tuk duduk sebelah ak yg masih baring. Dia tanya kenapa? serius ak tak tau nk mula mcm mana utk bg tau apa yg jadik. Ak cakap.."abg, mlm td kul 12 syg bangun..ada darah kat tilam.." time ni ak dh nanges. Hubby tye byk ke? ak ckp smbil nanges "byk, bila syg pegi toilet, lagi banyak yg keluar mcm air paip..lps tu ada benda ikut keluar," time ni hubby dah mula pegang kepala ak..dia kata "nape tak kejut abg?dah2 jgn nangis..nak pegi klinik tak?" ak kata "takpe..darah dh tak keluar lagi pon lg bape jam nk fly.." ak tunjuk pic yg ak ambil smbil cakap.. "syg rs baby dh x de.." makin kuat ak nanges masa ni. Hubby cium dahi tenang kan ak. dia kata kte balik Malaysia n sampai je Malaysia nti kte terus g emergency.

Allah je yg tau perasaan ak ms tu. Tak blh pk apa2..asek nk nanges. Hubby pon muka sedih maybe sbb kesian tgok ak masa tu

Bersambung Part II ....


















Sunday, January 15, 2017

AKU TERIMA NIKAHNYA

ALHAMDULILLAH...

Tanggal 17.12.2016 adalah hari bersejarah buat aku dan suami kerana kami telah diijabkabulkan pada hari tersebut pada pukul 10 pagi..moment yang sgt indah bagi ak. berdebar bila tgu suami sambut lafaz dari tok kadi. Ak tak nanges..syukur Ya Allah segala2 nya dipermudahkan.

Jom jengah2 gambar tapi bukan gambar dari fotografi..gambar dari fon biasa sahaja ye.. :)

Before majlis akad..berdebar,  time ni tgh tgu rombongan pihak lelaki tiba.

Dgn adik..inot ni byk bantu ak prepare..even hantaran n sirih junjung pon dia yg buat. Salute mlm b4 majlis tu dia tdo kul 3 pagi kot sbb siapkan sirih junjung. Thx ina..

Dah selamat nikah time ni..happy n syukur tak terkata.


terima kasih suami, Zulkhairi Bin Mohd Noh sbb sudi memperisterikan saya..

MUA : Youhana You
Pelamin : Youhana You Bridal and PHotography
Baju n veil sendiri punya.